KOMUNITI

Komuniti

MANGSA BANJIR TIDAK BERSENDIRIAN, KAMI SUKARELAWAN SKUAD IHSAN MADANI KPT@UMK HADIR HULUR BANTUAN

PASIR MAS, 6 Disember 2024 I “Hilang doh jangok, wat mana berlencu, celok kening tak tahu mana doh belako,” beritahu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Huzili Hussin, ketika mengetuai misi pembersihan sukarelawan Misi Skuad Ihsan Madani KPT@UMK di SK Meranti, Pasir Mas, hari ini.

171224-01-02.jpg

Dalam palo, nok cuci biar bersih belako. Wat mano boleh cuci longkang, sembur air, angkat sampoh masing-masing ado fungsi belako.

Begitulah situasi sebenar di lokasi misi bantuan banjir melibatkan SK Meranti antara beberapa buah sekolah terjejas banjir pada minggu lalu.

171224-01-03.jpg

Menurut Prof. Dr. Huzili, misi pembersihan di sini dibantu dengan kekuatan 60  sukarelawan pelajar dan enam staf yang diselaraskan oleh Dr. Noor Hafizoh dan En. Mohd Hafizie.

Turut hadir, Dekan Fakulti Sains Bumi (FSB), Prof. Madya Dr. Zulhazman Hamzah.

171224-01-04.jpg

Beliau berkata, skuad sukarelawan adalah orang-orang yang hebat sanggup meletakkan kegembiraan orang lain melebihi kepentingan dan keinginan peribadi.

Sementara itu, sukarelawan UMK Jeli  yang dibahagikan dua kumpulan tiba di SK Meranti pada jam 9.00 pagi.

Seterusnya, skuad meneruskan misi pembersihan ke kediaman staf di Kampung Ana Chabang Empat. Operasi pembersihan hari ini melibatkan sekolah dan tadika Kemas yang ditenggelami banjir.

171224-01-05.jpg

171224-01-06.jpg

171224-01-07.jpg
 
171224-01-08.jpg
 
171224-01-09.jpg
 
171224-01-10.jpg
 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

2
Online

2025-09-24

Search