KOMUNITI

Komuniti

SKUAD IHSAN MADANI KPT, SUKARELAWAN STAF DAN PELAJAR UMK BANTU OPERASI PEMBERSIHAN DI SEKOLAH TERJEJAS TERUK

PASIR MAS 5 Disember 2024 | Lebih 300 sukarelawan pelajar dan staf Universiti Malaysia Kelantan (UMK) digerakkan secara serentak di sekolah—sekolah terjejas teruk melibatkan daerah Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat, Bachok dan Pengkalan Chepa.

171224-03-01.jpg

Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah berkata, skuad sukarelawan hari ini mula melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas dan  SK Pangkal Kala, Pasir Mas yang yang terjejas teruk berikutan bencana banjir.

171224-03-02.jpg

Beliau dimaklumkan paras air hampir sehingga paras pinggang  menyebabkan banyak kerosakan  terutamanya melibatkan peralatan sekolah kelengkapan perabot.

“Misi Skuad Ihsan Madani ini disertai oleh 1000 sukarelawan daripada penuntut 12 IPTA seluruh negara diadakan dengan kerjasama Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Manakala, UMK dan USM selaku penyelaras bersama untuk menjayakan misi kali ini.

171224-03-03.jpg

“Pasukan sukarelawan  UMK mengutamakan operasi pembersihan di bilik-bilik darjah dan infra sekolah yang banyak mengalami kerosakan.

“Cabaran utama kami dalam misi pembersihan kali ini ialah bekalan air kerana SK Gelang Mas masih belum mendapat bekalan air untuk kami menggunakan water jet,” katanya.

171224-03-04.jpg

Tambah beliau, sukarelawan UMK terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar UMK, Badan Beruniform, UMK Vengers serta staf dari universiti awam, Jabatan Keselamatan dan Pendaftar.

“Allahamdullilah, para sukarelawan berkerja keras  dan menjadi misi ini sebagai pengalaman berharga untuk membantu murid-murid memulakan sesi persekolahan pada minggu hadapan,” katanya.

171224-03-05.jpg

171224-03-06.jpg
 
171224-03-07.jpg
 
171224-03-09.jpg
 
171224-03-10.jpg
 
171224-03-11.jpg
 
171224-03-12.jpg
 
171224-03-13.jpg
 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search