KOMUNITI

Komuniti

UMK TUAN RUMAH MISI SKUAD IHSAN MADANI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 2024

KOTA BHARU 4 Disember 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi tuan rumah bagi peluncuran Misi Skuad Ihsan Madani Kementerian Pendidikan Tinggi 2024 peringkat UMK. UMK dan Universiti Sains Malaysia (USM) adalah merupakan penyelaras bersama bagi program ini yang melibatkan 12 buah universiti awam dengan kerjasama Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

171224-04-01.jpg

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga, Universiti Malaysia Kelantan Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI merangkap Pengerusi MASKUM, Prof. Dr. Norkhalid Salimin, Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, Ahli Lembaga Pengarah UMK, Datuk Hj. Zaluzi Sulaiman dan Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMK, Prof. Dr. Mohammad Ismail.

171224-04-13.jpg

Misi sukarelawan pasca banjir ini akan berlangsung pada 4 hingga 5 Disember 2024, di kawasan terjejas banjir sekitar daerah Tumpat, Pasir Mas dan Tanah Merah.

Seramai 800 sukarelawan dari 12 Universiti Awam (UA), di seluruh negara akan melakukan aktiviti pembersihan dan pemulihan banjir serta memberi sokongan psikologi dan moral kepada mangsa banjir.

171224-04-10.jpg

171224-04-07.jpg
 
171224-04-06.jpg
 
 171224-04-15.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-11-07

Search