KOMUNITI

Komuniti

UMK AMBIL PENDEKATAN ALTERNATIF LAIN UNTUK PELAJAR YANG GAGAL AKSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI DALAM TALIAN KERANA MASALAH INTERNET

TUMPAT 4 Disember 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) disaran untuk mengeluarkan panduan alternatif bagi pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian berikutan masih terdapat pelajar-pelajar yang mengalami masalah capaian Internet.

171224-05-01.jpg

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pendekatan alternatif itu akan diselaraskan oleh pihak fakulti berikutan masih terdapat kawasan kediaman pelajar yang terjejas banjir dan tidak boleh akses sesi PdP kerana masalah  internet.

171224-05-02.jpg

Justeru, beliau berharap pihak fakulti dan pensyarah memberi kelonggaran atau alternatif lain kepada pelajar yang terkesan banjir supaya mereka dapat menjalani sesi PdP.

Beliau berkata, pihak Universiti telah melaksanakan sesi PdP secara dalam talian bermula 1 hingga 7 Disember 2024 berikutan situasi banjir terkini di Kelantan.

171224-05-03.jpg

“Pihak universiti akan memberi makluman dan info terkini dari semasa ke semasa di laman web atau media sosial rasmi universiti berkenaan pendekatan sesi PdP dalam tempoh terdekat,” katanya pada Ziarah Prihatin Skuad Ihsan Madani Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), UMK, di Kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Pendaftar UMK, En. Khairul Eruwan Abdul Halim.

171224-05-05.jpg

Sementara itu, Dato’ Dr. Hassan Basri  berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam (JKPBA), UMK diletakkan dalam mod sedia (standby mode) sekiranya berlaku gelombang kedua berikutan ramalan amaran hujan berterusan tahap bahaya oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

171224-05-06.jpg

 

Katanya, langkah itu dilakukan berikutan situasi banjir pada gelombang pertama telah menjejaskan 100 pelajar UMK yang berada di luar kampus termasuk di UMK Kampus Kota, Bachok dan Jeli.

Dalam sesi taklimat oleh urusetia JKPBA UMK memaklumkan seramai 40 pelajar yang terkesan banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di UMK Bachok dan UMK Kampus Kota.

“Pihak UMK telah membuat persediaan awal dengan menubuhkan tiga tempat PPS di ketiga-tiga kampus UMK untuk kemudahan pelajar dan staf yang terkesan banjir.

“Untuk memastikan keselesan mereka yang terkesan banjir, UMK telah menyediakan kemudahan asas dan barangan keperluan kepada mereka yang  berada di PPS,” katanya.

171224-05-08.jpg

Pada Ziarah Prihatin Skuad Ihsan Madani KPT) -UMK, Dato’ Dr. Hassan Basri telah menyampaikan sumbangan berupa pek makanan dan keperluan asas kepada pelajar tahun satu Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Muhammad Iqwan Hakim Che Daud, di Kampung Pak Krau, Tumpat.

Turut menerima sumbangan ialah staf Keselamatan, Pejabat Pendaftar UMK iaitu Puan Norzahera Binti Mat Yasin, yang terkesan selepas kediamannya di Kampung Telaga Bata, ditenggelami banjir.

171224-05-09.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search