JELI 1 Disember 2024 I Pusat Pentadbiran Kampus Jeli (PPKJ) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan Ziarah Prihatin Cakna Madani di kediaman dua pelajar UMK yang terkesan banjir, di Kampung Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.

Lawatan itu diketuai oleh Pengarah UMK Kampus Jeli, Prof. Dr. Aweng Eh Rak dan Pengetua UMK Kampus Jeli, Dr. Norhafizoh Saidan.
Turut sama membantu ialah kumpulan UMKVENGERS serta sukarelawan mahasiswa.

Menurut Prof. Dr. Aweng, objektif utama lawatan tersebut adalah bagi menyantuni pelajar yang terkesan dengan banjir selepas buah rumah sewa pelajar telah dinaiki air banjir sehingga paras dada.
Katanya, situasi banjir itu telah menenggelamkan barang-barang berharga yang tidak sempat diselamatkan antaranya peralatan elektrik, kenderaan, pakaian dan lain-lain.
“Bagi meringankan beban pelajar, pihak UMK telah menyampaikan sumbangan berupa pek makanan, tilam dan dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di kolej kediaman UMK.
“Pasukan sukarelawan pelajar dan UMKVengers juga telah membuat operasi pembersihan di kediaman pelajar tersebut," ujarnya.





_large.jpeg)





