KOMUNITI

Komuniti

MAWI IMBAU GELOMBANG TSUMAWI 20 TAHUN LALU DI PERSEMBAHAN AMAL KUTIPAN KEMANUSIAAN PALESTIN

BACHOK, 10 November 2024 – Persembahan bertenaga juara realiti TV Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani, atau lebih dikenali dengan nama Mawi, berjaya memukau 500 hadirin yang hadir di Dewan Tuanku Canselor UMK Bachok, semalam.
Mawi yang tampil dengan imej botak, mempersembahkan lagu-lagu popularnya seperti Kian, Aduh Saliha, Kalah Dalam Menang (OST Filem Munafik), Cinta Zulaikha, dan menutup tirai dengan lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta di Persembahan Amal Kutipan Kemanusiaan Palestin.

231224_nov-05-01.jpg
Persembahan amal ini dianjurkan oleh Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) sempena InsPeK International Poverty Summit (InsPeK SUMMIT 2024), yang berlangsung di UMK Bachok dari 9 hingga 11 November 2024.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Dr. Razli Che Razak, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, dan Pendaftar UMK, En. Khairul Eruwan Ab. Halim.

231224_nov-05-02.jpg
Menurut Felo Penyelidik InsPeK, Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Jamaludin, objektif utama persembahan malam ini bukan hanya untuk menghiburkan hadirin, tetapi juga untuk menyelitkan lagu-lagu yang berunsur nasihat dan kerohanian.
“Di samping itu, hadirin turut dihiburkan dengan beberapa buah lagu kerohanian yang dibawakan oleh Kumpulan Dominant Frendzers,” katanya.
Beliau menambah bahawa persembahan malam ini menjadi lebih istimewa kerana Mawi memiliki aura yang tersendiri, menjadikan pengalaman berhibur itu penuh bermakna.

231224_nov-05-05.jpg

231224_nov-05-06.jpg
 
231224_nov-05-07.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search