KOMUNITI

Komuniti

UMK ZIARAH PRIHATIN STAF DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA SK JELAWAT

BACHOK, 30 November 2024 – Menjalankan tugas sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah mengetuai program UMK For Society melalui ziarah prihatin kepada keluarga staf UMK yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat, Bachok, semalam.

231224_nov-12-02.jpg
Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail; Pengarah Bahagian Keselamatan UMK, Encik Wan Salman Wan Salleh; Pengarah Komunikasi Korporat UMK, En. Mohd Adzwan Kamaruzaman; dan Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling, dan Alumni, Dr. Razman Hafifi Redzuan.

231224_nov-12-05.jpg
Prof. Ts. Dr. Arham menyampaikan sumbangan berupa bahan masakan kepada pihak pengurusan PPS SK Jelawat untuk keperluan mangsa banjir. Di samping itu, beliau meluangkan masa lebih satu jam beramah mesra dengan mangsa yang terkesan akibat banjir di sekitar Bachok.
Sebelum itu, seramai 32 pelajar daripada badan beruniform UMK turut menjadi sukarelawan dengan membantu menyediakan makanan, minuman, dan keperluan asas lain untuk mangsa banjir. Mereka juga menjalankan kerja-kerja pembersihan di sekitar PPS SK Jelawat bagi memastikan keselesaan dan kemudahan kepada mangsa yang ditempatkan di sana.

231224_nov-12-06.jpg
Inisiatif ini mencerminkan komitmen UMK dalam membantu masyarakat yang terkesan oleh bencana, sejajar dengan usaha universiti untuk sentiasa menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat.

231224_nov-12-07.jpg

231224_nov-12-09.jpg

231224_nov-12-08.jpg
 
231224_nov-12-10.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

2
Online

2025-09-24

Search