KOMUNITI

Komuniti

ENAM PELAJAR & SATU KELUARGA STAF UMK DIPINDAHKAN KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA.

BACHOK, 29 November 2024 – Enam pelajar dan seorang staf Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas terperangkap dalam banjir yang melanda Kampung Rusa dan Kampung Kubang Keladi, Bachok, pagi tadi.
Pelajar-pelajar tersebut, yang menyewa di kawasan terjejas, tidak dapat keluar kerana air naik mendadak sehingga mencapai paras 0.12 hingga 0.5 meter akibat hujan lebat berterusan sejak awal pagi.

231224_nov-14-01.jpg
Misi bantuan banjir yang dikendalikan oleh pihak Majlis Pengetua dan Seksyen Kefeloan turut menyalurkan bantuan kepada sebuah keluarga staf UMK yang terperangkap selepas rumah mereka terkepung banjir.
Pengetua Kolej Kediaman UMK Bachok, Dr. Norazlinda Mohamed Rosdi, memaklumkan bahawa bilik gerakan operasi bencana UMK menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.00 pagi berhubung insiden ini.

231224_nov-14-02.jpg
“Mangsa yang terlibat merupakan dua pelajar Fakulti Sains Bumi (FSB) dan seorang dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) yang memaklumkan bahawa rumah mereka dinaiki air hingga paras betis menyebabkan mereka tidak dapat keluar. Kami juga membantu tiga pelajar lain dari FSB yang terkepung banjir. Operasi selesai sekitar jam 12.00 tengah hari.
“Alhamdulillah, semua mangsa berjaya dipindahkan dengan selamat ke PPS yang bertempat di Kompleks Akademik, Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok,” katanya.
Dr. Norazlinda turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menyampaikan sumbangan pek Seikhlas Kasih HEPA yang berupa barangan keperluan asas dari Bahagian Kebajikan dan Tatatertib HEPA kepada pelajar yang terkesan banjir di sekitar Taman Pinggiran Universiti.

231224_nov-14-03.jpg
Sementara itu, Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, menegaskan bahawa kebajikan warga kampus sentiasa dipantau demi keselamatan mereka dalam situasi bencana ini.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat yang terdiri daripada tiga pelajar sukarelawan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), tiga staf Pejabat HEPA, dan dua pemandu yang terlibat dalam misi menyelamat tersebut.

231224_nov-14-05.jpg
Di UMK Kampus Jeli, Majlis Pengetua dan Seksyen Kefeloan bekerjasama dengan MPP serta Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) untuk membantu pelajar yang memerlukan bekalan makanan, khususnya mereka yang tidak mempunyai kenderaan untuk keluar membeli barang keperluan.
Pengetua Kolej Kediaman UMK Kampus Jeli, Dr. Noor Hafizoh Saidan, berkata sumbangan berupa bantuan makanan dan keperluan asas telah diagihkan kepada pelajar yang terjejas di sekitar Jeli.
“InsyaAllah, kami akan terus mengenal pasti pelajar lain yang memerlukan bantuan agar mereka dapat dibantu segera,” katanya.

231224_nov-14-06.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search