PUTRAJAYA 21 April 2025 I Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dato' Prof. Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan, meluangkan masa hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 1446/2025 di Putrajaya.
Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Turut memeriahkan majlis, Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Mohamad Azhan Bin Md. Amir, En. Muhammad Danial Khaleq Mohd Ali, Datuk Hj Zaluzi Sulaiman.
Dato' Prof. Dr. Hassan Basri turut menyantuni dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir terutamanya pengurusan tertinggi universiti- universiti awam.
Majlis ini mampu penyatu ukhwah antara pemegang taruh institusi pendidikan negara.






_large.jpeg)





