KOMUNITI

Komuniti

3,000 MERIAHKAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI UMK 2025


BACHOK 22 April 2025 I Lebih 3,000 tetamu meriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bertemakan Raya Cara Kita 1Hati 1Jiwa bertempat di Dewan Tuanku Canselor (DTC), UMK Bachok, Kelantan, hari ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, manakala tetamu kenamaan antara yang hadir adalah Ketua Polis Kelantan, Dato’ Mohd Yusoff Mamat, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, wakil pemimpin tempatan, rakan-rakan industri, wakil alumni UMK, rakan-rakan media dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar UMK dan wakil masyarakat.

270525-02-02.jpg
Menurut Prof. Datuk Hassan Basri, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini adalah bagi menghargai dan mengeratkan hubungan di antara UMK dengan masyarakat serta rakan-rakan strategik yang sentiasa menyokong universiti.
Beliau berkata, UMK sebagai sebuah universiti yang berfokus kepada keusahawanan dan agenda keusahawanan adalah tunjang utama kepada pembangunan ekonomi negara.

270525-02-05.jpg
“Justeru, kita berperanan dalam melahirkan usahawan yang berjaya dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.
“Namun, kejayaan tidak hanya terletak pada pencapaian akademik semata-mata, tetapi juga kepada keupayaan kita untuk beradaptasi dengan perubahan zaman,” katanya.
Beliau amat bangga melihat kemajuan yang telah dicapai oleh para pelajar dan alumni UMK dalam bidang keusahawanan.
“Mereka bukan sahaja berjaya dalam mewujudkan perniagaan tetapi juga memberi impak besar kepada masyarakat dan negara.
“UMK sentiasa berusaha untuk menyediakan platform yang terbaik untuk para pelajar dan usahawan muda agar mereka dapat berkembang dan menjadi pemimpin dalam industri masing-masing.

270525-02-03.jpg
“Tautan Kasih 1Hati 1Jiwa ini juga adalah simbol bahawa kita bersedia untuk menyokong usaha dan impian mereka. Agar Lebih banyak lagi kejayaan yang dapat dicapai,” katanya.
Sementara itu, pada hari ini juga UMK menerima sumbangan daripada agensi dan rakan-rakan industri kepada pelajar UMK yang terpilih dalam menerima bantuan bakul raya.

270525-02-06.jpg
Menurut Naib Canselor UMK Prof. Dr. Arham Abdullah, sumbangan dari rakan strategik UMK itu disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan kepada pelajar terlibat seperti pengecualian yuran, bantuan sewa rumah, elaun bulanan dan komputer riba.
Katanya, antara yang menyumbang pada hari ini adalah daripada Maybank yang disampaikan oleh Pengarah Maybank Wilayah Timur, Dato’ Ahmad Farid Qureshmi dengan sumbangan berjumlah RM500,000.00.

270525-02-07.jpg
Turut menyumbang ialah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) oleh wakil Negeri Kelantan, Puan Che Nor Azila binti Che Ghani, yang menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000.00 dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Holdings Sdn. Bhd. menyampaikan sumbangan berjumlah RM4,000.00.
“Telekom Malaysia Berhad menyumbang sebanyak RM22,500.00., sumbangan wakalah daripada Majlis Agama Islam dan Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) dan Pelaburan Hartanah Bumiputera Asset Management berjumlah RM50,000.00.
“Seterusnya, daripada Bank Islam Malaysia Berhad bernilai RM50,000.00. yang diwakili oleh Pengarah Bank Islam Malaysia Berhad Negeri Kelantan, Encik Mohd Supardi bin Yatim,” katanya.

270525-02-08.jpg
Prof. Ts. Dr. Arham berkata, sumbangan dari rakan-rakan strategik itu bukan sahaja menyumbang kewangan, tetapi juga melaksanakan pelbagai program pembangunan pelajar yang bersesuaian. Sehingga hari ini terdapat lebih 100 rakan strategik UMK.
Selain itu, pihak alumni UMK turut tampil menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada Universiti dalam pelbagai bentuk sumbangan.
Allhamdullilah, pada hari ini seramai 30 alumni UMK turut hadir memeriahkan majlis sekali gus memperlihatkan hubungan erat dan sokongan berterusan terhadap universiti.

270525-02-09.jpg

270525-02-10.jpg
 
270525-02-11.jpg
 
270525-02-12.jpg
 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search