KOMUNITI

Komuniti

UMK KAMPUS JELI MAHU BERI IMPAK BESAR KEPADA MASYARAKAT


JELI 23 April 2025 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli perlu memanfaatkan keberadaan mereka dengan persekitaran supaya UMK tidak menjadi sebuah entiti yang sukar untuk didekati oleh masyarakat.
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan menyarankan supaya UMK jadikan Universiti Cambridge di UK sebagai sebuah universiti yang memanfaatkan diri mereka dengan persekitaran.
Beliau berkata, sejarah Universiti Cambridge bermula di sebuah pekan kecil yang mengalami pembangunan pesat kerana kehadiran Universiti itu dimanfaatkan oleh masyarakat dan pada masa sama memanfaatkan persekitaran yang wujud di sekeliling mereka.

270525-03-02.jpg
“Selain itu, agensi-agensi dan rakan-rakan industri yang ada sekitar UMK Kampus Jeli juga boleh dimanfaatkan kerana dengan cara inilah cara kita memanfaatkan keberadaan UMK.
“Saya mahu pastikan masyarakat Jeli kenal anak-anak yang belajar di UMK dan jadikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri ini landasan untuk mengeratkan tali silaturahim, katanya pada ucapan aluan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Raya Cara Kita: 1 Hati 1 Jiwa di UMK Kampus Jeli, Kelantan, hari ini.
Majlis itu di meriahkan dengan kehadiran Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah serta Barisan Pengurusan Tertinggi UMK.

270525-03-03.jpg
Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Arham berkata, UMK, “Raya Cara Kita” memberi ruang untuk kita semua raikannya bersama, dalam suasana penuh harmoni dan muhibah selari dengan tagline baharu yang telah diperkenalkan iaitu UMK4U 1 Hati 1 Jiwa dan hari ini juga boleh dikatakan Our Day buat warga Universiti dan pelajar UMK.
Katanya, konsep UMK For Society adalah untuk mengalakkan masyarakat sekeliling berkerjasama dengan universiti.
“InsyaAllah, kita akan mempertingkatkan lagi aktiviti pelajar dengan masyarakat dalam pelbagai program yang membolehkan hubungan ukhwah ini lebih banyak terjalin,” katanya.

270525-03-04.jpg
Pada majlis itu, UMK turut menerima sumbangan berjumlah RM15,000.00 daripada RHB Bank yang disampaikan oleh wakil RHB, Encik Muhammad Rafidi Idris.
Turut menyumbang, Yayasan Taqwa Malaysia yang menyampaikan sumbangan bernilai RM42,300.00 dari Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Taqwa Malaysia, Tuan Haji Suhaili bin Md. Yusoff.
Sumbangan ini mencerminkan semangat kerjasama strategik antara industri dan institusi pendidikan, malah menjadi bukti bahawa sinergi sebegini mampu membawa manfaat besar kepada pembangunan akademik, kebajikan pelajar serta kecemerlangan universiti secara keseluruhan.

270525-03-05.jpg

 
270525-03-06.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search