KOMUNITI

Komuniti

PROGRAM ZIARAH KASIH, UMK HULUR SUMBANGAN BANTU MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG KIJANG PCB


KOTA BHARU 22 Mei 2025 I Prihatin dengan mangsa musibah kebakaran melibatkan 31 ahli keluarga dari lapan buah rumah di Kampung Kijang, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menyalurkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan bagi meringankan beban mangsa kebakaran.

21072025-13-03.jpg
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, kejadian pada 27 April 2025 lalu telah memusnahkan sepenuhnya lapan buah kediaman dalam sekelip mata.
Sumbangan telah disampaikan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Zaluzi Sulaiman.
Menurut Prof. Ts. Dr. Arham, UMK melalui Pusat Islam Universiti melancarkan Tabung Bantuan Bencana Kebakaran pada 1 Mei lalu yang bertujuan bagi mengumpul sumbangan daripada warga universiti dan masyarakat.

21072025-13-02.jpg
Beliau berkata, kutipan tabung kilat berjumlah RM7,200 ini telah disalurkan bagi meringankan dan membantu mangsa kebakaran hasil sumbangan daripada warga UMK dan masyarakat.
“Sumbangan ini merupakan tanda prihatin dan Konsep UMK4Society merupakan salah satu program cakna UMK kepada masyarakat.
“InsyaAllah, sumbangan yang diterima ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa,” katanya.

21072025-13-06.jpg
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Pendaftar UMK, Khairul Eruwan bin Abdul Halim, Bendahari UMK Ahmad Irwan bin Baharuddin, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Mohd Adzwan bin Kamaruzaman dan Pengarah Pusat Islam UMK, Dr. Mohd Rushdan bin Yasoa'.

21072025-13-07.jpg
Sementara itu, program Ziarah Kasih UMK diteruskan kunjungan ke kediaman keluarga arwah Pelajar Tahun 2 Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Noor Faqihah Mohd Nor di Kg Pintu Geng Kota Bharu, yang telah meninggal dunia pada 7 Mei 2025.
Sumbangan khas beserta surat iringan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perkasa Siswa turut disampaikan kepada keluarga arwah Noor Faqihah.

21072025-13-08.jpg

21072025-13-01.jpg
 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search