KOMUNITI

Komuniti

GEN Z! SEMARAKKAN FESTIVAL ANAK MUDA 2.0 YANG BERLANGSUNG MERIAH DI UMK KAMPUS KOTA


KOTA BHARU 20 Mei 2025 I Seiring dengan 10 teras Rakan Muda iaitu Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan, Rakan Demokrasi, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Niaga, Rakan Muzik & Rakan Prihatin, Festival Anak Muda 2.0 adalah platform terbaik dianjurkan bagi meraikan kreativiti, bakat dan semangat anak muda.

21072025-14-02.jpg
Program Festival Anak Muda 2.0 anjuran Sekretariat Rakan Muda UMK dengan Kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan itu telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Mahasiswa Holistik dan Kepimpinan Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Noormariana Mohd Din di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, bermula pada 15 hingga 17 Mei 2025.

21072025-14-03.jpg
Beliau mewaklil Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail.
Turut hadir, Pegawai Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Kelantan, Puan Wan Hasmalinda Binti Wan Ishak, Pengarah Pusat Sukan UMK selaku Penasihat Sekretariat Rakan Muda UMK, En. Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib, Presiden Sekretariat Rakan Muda UMK, Nur Sharafina Bashir Ghouse dan Pengarah Program Festival Anak Muda 2.0, Shah Basri Bin Ismail . Menurut Dr. Noormariana, program ini telah mendapat sambutan yang amat baik sama ada dari pelajar UMK dan juga komuniti setempat dengan pelbagai pengisian yang telah disusun.

21072025-14-04.jpg
Beliau berbangga melihat semangat dan tenaga luar biasa yang ditunjukkan oleh para pelajar dalam menjayakan festival ini.
“Ia bukan sahaja menjadi platform meraikan kreativiti, bakat dan semangat anak muda, tetapi juga wadah memperkukuh jaringan antara universiti, komuniti serta pihak industri.
“Festival ini adalah bukti nyata bahawa anak muda hari ini bukan hanya pewaris masa depan, tetapi pemimpin masa kini,” katanya.

21072025-14-05.jpg
Sementara itu, En. Wan Ahmad Khairul berkata, FAM 2.0 sarat dengan pelbagai aktiviti seperti forum, persembahan seni, pameran keusahawanan, dan program kesukarelawanan, SRM dimana program ini telah berjaya mengangkat suara dan aspirasi generasi muda ke peringkat yang lebih tinggi.
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan rakan kerjasama yang telah memberi sokongan moral dan material demi menjayakan festival ini.

21072025-14-06.jpg
“Sumbangan anda bukan sahaja memperkukuh penganjuran program, tetapi memberi inspirasi besar kepada anak-anak muda untuk terus melangkah jauh.
“Buat para pelajar, teruskan usaha, jangan takut mencuba, dan sentiasa berani untuk bermimpi besar. Kegagalan bukan titik akhir, tetapi permulaan kepada kejayaan yang lebih bermakna. Jadilah anak muda yang bukan hanya cemerlang dalam akademik, tetapi juga kaya dengan nilai, kepimpinan, dan integriti,” katanya.

 

21072025-14-07.jpg
 
21072025-14-08.jpg
 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-11-07

Search