KOMUNITI

Komuniti

TIGA HARI TAMAT KEM SMART AULAD, 56 MURID SEKOLAH MAHIR RUKUN SOLAT SERTA PRAKTIS AZAN DENGAN BETUL


UMK Kampus Bachok 31 Disember 2025 I Seramai 56 pelajar sekolah rendah tahun satu hingga tahun enam memanfaatkan cuti persekolahan dengan menyertai Kem Smart Aulad 4.0 yang berlangsung selama tiga hari bertempat di Masjid Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, Kelantan.
Program anjuran Pusat Islam UMK (PIUMK) telah masuk musim keempat itu turut menerima maklum balas positif daripada kalangan ibu bapa.
Lazimnya, sebaik cuti sekolah bermula, ramai tidak melepaskan peluang untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman bersama keluarga.
Namun, semangat luar biasa 56 pelajar sekolah ini mengorbankan cuti sekolah berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga hari sahaja mereka sudah mahir rukun solat, bacaan serta praktikal azan dengan betul dan tertib.

251231-01-09.jpeg
Menurut Pengarah Pusat Islam UMK, Dr. Mohd. Rushdan Yasoa’, pada hari pertama kem bermula peserta telah didedahkan dengan Bengkel Solat dan Azan yang menekankan aspek kefahaman rukun solat, bacaan serta praktikal azan yang betul.
Katanya, seterusnya dengan pertandingan azan dan pertandingan bercerita, yang memberi ruang kepada peserta menonjolkan bakat, keyakinan diri serta penghayatan nilai Islam.

251231-01-01.jpeg
“Masuk hari kedua, para peserta mengikuti hafazan surah pilihan dan panduan doa-doa harian sebagai usaha memperkukuh amalan harian berteraskan al-Quran dan Sunnah.
“Mereka juga mengikuti aktiviti kuiz interaktif untuk menguji kefahaman peserta secara santai dan menyeronokkan disamping memberi ruang kepada peserta berhubung dengan fasilitator dari kalangan pelajar UMK,” katanya.
Tambah Dr. Mohd Rushdan, pada hari ketiga aktiviti diteruskan dengan acara Smart Aulad Brisk Walk di Tasik UMK, bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan kecergasan fizikal.

251231-01-03.jpeg
“Peserta kemudiannya menyertai Latihan Dalam Kumpulan sebagai persediaan persembahan kumpulan di Teniat, yang memupuk kerjasama, kepimpinan dan komunikasi berkesan.
“Program diakhiri dengan lawatan ke Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu UMK, memberi pendedahan awal tentang budaya ilmu dan persekitaran universiti,” jelas beliau lagi.
Sementara itu, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam PIUMK, En. Mohd Binyamin Che Yaacob berkata, Kem Smart Aulad 4.0 turut memberi penghargaan serta pengiktirafan kepada para peserta bagi pertandingan azan, pertandingan bercerita dan Islamic Grooming.

251231-01-04.jpeg
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang terbaik telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Islam UMK.
Beliau berharap program KEM SMART AULAD 4.0 dapat melahirkan generasi kanak-kanak yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pendidikan Islam holistik.
PIUMK turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tidak terhingga buat semua fasilitator dan urusetia sepanjang tempoh Kem Aulud berlangsung.

251231-01-05.jpeg

 
251231-01-06.jpeg
 
251231-01-07.jpeg
 
251231-01-08.jpeg
 
251231-01-10.jpeg
 
251231-01-11.jpeg
 
251231-01-12.jpeg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

2
Online

2026-03-12

Search