KOMUNITI

Komuniti

WAKAF TRANSIT PERTAMA (HENTIAN BAS) MULA BEROPERASI, KOS PROJEK BERJUMLAH RM73,000 HASIL PENDANAAN WAKAF PENDIDIKAN UMK-MAIK BANGUNKAN FASILITI PELAJAR

 UMK Bachok, Kelantan 26 Januari 2026 I Projek Wakaf Transit UMK di UMK Bachok menjadi projek sulung hasil pendanaan wakaf melibatkan kerjasama strategik antara Pusat Kewangan Lestari (CFS), UMK dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), bagi membantu Universiti membangunkan fasiliti pelajar.WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.25.30_1.jpeg

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pendanaan (Pusat Kewangan Lestari), Dr. Mohd. Afifie Bin Mohd Alwi, tercetusnya idea pembinaan Wakaf Transit UMK (Hentian Bas) adalah untuk memberi kemudahan menunggu bas kepada pelajar yang menggunakan bas kitaran UMK untuk ke kuliah dengan lebih selesa.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.25.30.jpeg

Katanya, Wakaf Transit UMK merupakan manifestasi awal kepada pelaksanaan Wakaf Pendidikan MAIK–UMK, di mana UMK telah dilantik sebagai mutawalli (pemegang amanah) bagi mengurus dan membangunkan wakaf pendidikan secara telus, berintegriti dan berimpak. “Projek ini dibangunkan sebagai kemudahan transit yang memberi manfaat langsung kepada warga universiti dan masyarakat sekitar Kampus Bachok. “Secara keseluruhanya, kos pembinaan Wakaf Transit UMK melibatkan peruntukan berjumlah RM73,000, yang telah berjaya direalisasikan hasil sumbangan ikhlas dan konsisten staf serta pelajar UMK sejak tahun 2022, termasuk melalui potongan gaji bulanan secara sukarela dan wakaf tunai. “

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.25.31_1.jpeg

Selain terdapat kemudahan hentian bas, wakaf transit itu turut menempatkan kiosk keusahawanan pelajar dan panel solar untuk tenaga hijau,” katanya pada Majlis Perasmian Wakaf Transit UMK yang terletak di bersebelahan Parkir Bas Kitaran UMK Bachok, Kelantan, hari ini.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.25.31_2.jpeg

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein dan Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah. Sementara itu, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham menyifatkan Wakaf Transit UMK membuktikan bahawa sumbangan kecil tetapi secara berterusan mampu membentuk impak wakaf yang besar dan lestari. Menurutnya, projek ini bukan sekadar sebuah prasarana fizikal, sebaliknya melambangkan semangat kebersamaan warga universiti dalam membina legasi wakaf pendidikan berteraskan nilai “UMK Satu Hati, Satu Jiwa.” “Usaha pengumpulan dana wakaf masih diteruskan bagi merealisasikan pembinaan Wakaf Transit di Kampus Jeli sebagai kesinambungan kepada agenda wakaf universiti. “Pihak universiti berharap agar sokongan berterusan daripada warga UMK dan masyarakat dapat memastikan kelestarian pembangunan wakaf pendidikan di semua kampus UMK,” katanya.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.25.31.jpeg

Sejurus itu, turut berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf Universiti (JWU) di UMK Bachok yang dihadiri oleh Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham dan pihak pengurusan MAIK. Mesyuarat ini menjadi platform rasmi bagi membincangkan hala tuju, perancangan strategik serta pengukuhan tadbir urus wakaf universiti agar selaras dengan ketetapan MAIK dan keperluan kelestarian wakaf pendidikan. UMK komited untuk terus memperkukuh ekosistem wakaf universiti melalui penglibatan aktif warga kampus dan kerjasama berterusan bersama MAIK, dengan aspirasi menjadikan wakaf sebagai instrumen utama pembangunan pendidikan dan kebajikan ummah.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.25.32_2.jpeg

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.25.33_1.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.25.33.jpeg
 
 
 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

2
Online

2026-03-12

Search