KOMUNITI

Komuniti

 UMK AMBIL INISIATIF EDAR 700 PEK ROTI DAN AIR MINERAL, ELAK PELAJAR AMBIL PEPERIKSAAN AKHIR DENGAN PERUT KOSONG


UMK Kampus Kota 18 Januari 2026 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengambil inisiatif dengan menyediakan sarapan percuma kepada pelajar pada hari pertama menduduki peperiksaan akhir Semester September Sesi 2025/2026 di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, hari ini.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.28.44.jpeg
Sumbangan berupa 700 pek roti dan minuman itu diedar sendiri oleh Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah melalui Program Setulus Kasih UMK anjuran Bahagian Kebajikan Dan Tatatertib Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UMK.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Huzuli Hussin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail dan Yang Dipertua MPPUMK, Saiful Azam Shamsul Amir.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.28.45_1.jpeg
Menurut Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham, program ini dizahirkan sebagai tanda sokongan moral dan keprihatinan UMK terhadap kebajikan serta kesejahteraan pelajar yang sedang berdepan fasa penting dalam perjalanan akademik mereka.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.28.45_2.jpeg
Katanya, harapan universiti ialah untuk membawa mesej bahawa kebajikan pelajar sentiasa berada dalam perhatian dan keutamaan pengurusan universiti.
“Allhamdullilah, inisiatif kecil ini mampu menyuntik semangat, mengurangkan tekanan dan memberi dorongan kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang cemerlang.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.28.45.jpeg
“UMK akan sentiasa komited untuk berdiri bersama pelajar, bukan sahaja dalam kecemerlangan akademik, malah dalam membina kesejahteraan holistik dan nilai kemanusiaan.
“Doa dan harapan kami mengiringi setiap langkah kalian. Teruskan tekad melangkah dengan yakin dan penuh iltizam menuju kejayaan,” katanya.
Sementara itu, Prof. Dr. Mohammad berkata, pelbagai usaha dirancang dan dilaksanakan bagi menjaga kebajikan mahasiswa termasuklah dengan mengadakan program Setulus Kasih bagi memastikan tiada mahasiswa yang hadir dalam peperiksaan dengan perut kosong.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.28.46.jpeg
Katanya, sumbagan makanan dan minuman diedarkan kepada pelajar UMK Kampus Kota sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
“Saya mendoakan mahasiswa UMK dapat menjawab dengan tenang dan semoga dipermudahkan urusan. Diharap pelajar dapat memberikan fokus sepenuhnya pada peperiksaan ini,” jelas beliau.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.28.47_1.jpeg

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.28.47_2.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.28.47.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.28.48_1.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.28.48.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.28.49_1.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.28.49_2.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.28.49.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.28.50.jpeg
 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

1
Online

2026-03-13

Search