KOMUNITI

Komuniti

59 PELAJAR UMK BERKUMPUL, GOTONG-ROYONG DAN BELAJAR PERAKAUNAN DI RUANG ALAM SEMULAJADI DI HUTAN ROYAL BELUM


PULAU Banding, Perak 13 Januari 2026 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) telah menganjurkan program 'Accountants Back to Nature @ UMK-TRaCe' membabitkan seramai 59 pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (SAA) Tahun Tiga di UMK Tropical Rainforest Research Centre (UMK-TRaCe), Pulau Banding, Gerik, Perak Darul Ridzuan, pada 10 hingga 12 Januari 2026.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.22_1.jpeg
Program ini diuruskan sepenuhnya oleh pelajar SAA melalui kerjasama strategik UMK-TRaCe, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pulau Banding Foundation (PBF), dan Perbadanan Taman Negeri Perak.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.22.jpeg
Menurut Pengarah Program, Najmuddin Mohd Johari, penganjuran program ini adalah selari dengan aspirasi Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah iaitu pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman yang diterapkan dalam program ini yang bertujuan untuk melahirkan graduan holistik dan berdaya saing.
Katanya, program ini juga menerima sokongan penuh oleh Dekan FKP, Prof. Madya Dr. Dzulkifli bin Mukhtar, yang mencerminkan keupayaan pelajar UMK dalam merancang, mengurus dan melaksanakan program berskala besar secara profesional.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.23_1.jpeg
“Program ini telah diadakan UMK-TRaCe iaitu pusat penyelidikan hutan hujan tropika serta platform pembelajaran dan ekopelancongan yang menyediakan kemudahan asas seperti makmal penyelidikan, penginapan, ruang pembelajaran dan persekitaran semula jadi yang sesuai untuk aktiviti akademik, penyelidikan dan pembangunan komuniti.
“Ketika berada di UMK-TRaCe, pelajar berjaya memperoleh kefahaman tentang operasi sebenar sebuah pusat penyelidikan dan pembelajaran untuk memahami peranan akauntan dalam menyokong kelestarian operasi serta penciptaan nilai jangka panjang,” katanya.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.23_2.jpeg
Tambah Najmuddin, pengisian utama program ialah aktiviti gotong-royong penambahbaikan di seluruh kawasan UMK-TRaCe melibatkan kerja-kerja pembersihan, pengurusan persekitaran serta inisiatif menceriakan fasiliti sebagai sebahagian daripada sumbangan pelajar kepada universiti dan komuniti setempat.
“Pada sesi gotong-royong, pelajar berjaya mempelajari semangat kerja berpasukan, disiplin serta rasa tanggungjawab terhadap kelestarian kemudahan dan ekosistem semula jadi,” katanya.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.23.jpeg
Najmuddin berkata, kemudian para peserta terlibat dalam sesi perkongsian budaya bersama komuniti setempat, yang memberi ruang kepada pelajar memahami nilai kehidupan masyarakat Orang Asli serta kepentingan sensitiviti sosial dalam konteks profesional masa hadapan.
“Pelbagai aktiviti menarik melibatkan penglibatan komuniti di Kampung Klewang, antara sukan bola dan sukaneka bersama komuniti Orang Asal dan penyerahan sumbangan barangan keperluan asas kepada komuniti Orang Asal (Orang Asli) setempat.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.24_1.jpeg
“Kemuncak program bersama Orang Asli ialah pelaksanaan Program Klinik Kebersihan Mulut, di mana pihak UMK menyediakan dan mengagihkan berus gigi serta ubat gigi kepada kanak-kanak dan remaja, selain memberi pendedahan mengenai amalan kebersihan mulut yang betul.
“Seterusnya ialah sesi perkongsian budaya bersama komuniti setempat, yang memberi ruang kepada pelajar memahami nilai kehidupan masyarakat Orang Asli serta kepentingan sensitiviti sosial dalam konteks profesional masa hadapan,” jelasnya.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.24_2.jpeg
Turut berlangsung ialah peserta program turut didedahkan kepada alam semula jadi melalui pengenalan biodiversiti hutan pada waktu malam, termasuk pendedahan mengenai serangga dan ekosistem sekitar.
“Selain itu, terdapat juga aktiviti eko-sukan seperti bamboo rafting turut diadakan bagi memberi pengalaman berinteraksi secara langsung dengan alam, selari dengan tema program yang menekankan hubungan antara profesion, alam sekitar dan masyarakat.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.24.jpeg
Sebelum program melabuh tirai, peserta turut berdepan cabaran pertandingan UMK-TRaCe ESG Case Study Challenge, setiap peserta dikehendaki menganalisis dapatan pemerhatian sepanjang program dan membentangkan cadangan penambahbaikan dari sudut kelestarian, operasi dan nilai jangka panjang.
"Pertandingan ini menguji keupayaan pelajar berfikir secara kritikal, analitikal dan praktikal, selaras dengan peranan akauntan sebagai penasihat perniagaan.
“Peserta juga menghadiri satu sesi perkongsian bersama pakar industri, iaitu Audit Partner Al Jafree Salihin Kuzaimi PLT, Encik Muhd Fahim Aripin yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran yang diperlukan oleh akauntan masa hadapan serta pengalaman beliau dalam industri professional,” katanya.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.25_1.jpeg
Sementara itu, majlis penutup dan penyampaian hadiah turut diadakan dengan kehadiran Pengarah UMK-TRaCe, Dr. Muhd Firdaus Abdul Karim dan Ketua Juri UMK-TRaCe ESG Case Study Challenge, Dr. Boon Jia Geng.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.26_1.jpeg

 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.26_2.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.27_1.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.27_2.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.27.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.28_1.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.28.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.29_1.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.30.29.jpeg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2026-03-13

Search