KOMUNITI

Komuniti

PUSAT ISLAM UMK SASAR RM60,000.00 KUTIPAN TABUNG IHYA’ RAMADAN, IMARAHKAN BULAN RAMADAN DENGAN MAJLIS ILMU

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.33.10_1.jpeg
UMK Bachok 8 Januari 2026 I Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan (PIUMK) menyasarkan sebanyak RM60,000.00 untuk sumbangan Tabung Ihya Ramadan 1447H bagi melaksanakan pelbagai majlis ilmu pada tahun ini.
Antaranya ialah majlis berbuka puasa secara percuma, Solat Teraweh, Bersahur, Qiamullail, Tadarus al-Quran, Majlis Khatam al-Quran, Kuliah Zohor dan lain-lain lagi.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, majlis pelancaran tabung ini adalah untuk mendapatkan sumbangan daripada warga UMK dan badan-badan korporat bagi menjayakan semua aktiviti Ihya’ Ramadan tahun ini.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.33.10_2.jpeg
Beliau berkata, majlis berbuka puasa harian kepada pelajar di ketiga-tiga kampus lazimnya memerlukan perbelanjaan yang besar setiap tahun.
Justeru, PIUMK telah mengambil inisiatif mengadakan Majlis Pelancaran Kutipan Tabung Ihya Ramadan di Bilik Seminar 2, Bangunan Canselori , UMK Bachok, hari ini.
Turut berlangsung ialah Ceramah Israk Mikraj bersama penceramah jemputan yang tidak asing lagi iaitu Al Fadhil Ustaz Mohd Azil Yaacob.
Beliau terkenal dengan gaya berseloroh ketika berceramah telah berjaya mencuri perhatian hadirin terdiri dari 150 staf UMK menerusi kupasan menarik mengenai peristiwa Israk dan Mikraj.
Ustaz Mohd Azil Yaacob turut menyentuh berkaitan keistimewaan bulan Ramadan yang hanya beberapa minggu sahaja lagi bakal disambut oleh seluruh umat Islam.
Sementara itu, Pengarah Pusat Islam UMK, Dr. Mohd Rushdan bin Yasoa’, berharap semua staf menyokong aktiviti-aktiviti dalam bulan Ramadan untuk kita bermuhasabah diri dan menjadikan Ramadan kali ini yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

2
Online

2026-03-12

Search