KOMUNITI

Komuniti

DAPUR SISWA MADANI JAMIN KESEJAHTERAAN DAN KEBAJIKAN MAHASISWA DI IPT

BACHOK 6 Januari 2026 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas keperihatinan YAB Perdana Menteri mengumumkan peruntukan berjumlah RM15 juta bagi pelaksanaan Dapur Siswa MADANI di semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.14_1.jpeg
Inisiatif berimpak tinggi ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan dalam memperkukuh aspek kebajikan serta kesejahteraan mahasiswa universiti awam, khususnya dalam membantu golongan pelajar kurang berkemampuan agar kelangsungan pengajian mereka dapat diteruskan dalam persekitaran yang lebih kondusif dan sejahtera.
Berdasarkan jumlah keseluruhan pelajar di UMK terdapat seramai 10,289 mahasiswa atau 75.97 peratus daripada enrolmen pelajar tergolong dalam kategori B40.
Menurut Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah, statistik itu jelas menunjukkan keperluan berterusan terhadap inisiatif sokongan kebajikan yang bersifat inklusif dan mampan.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.15_1.jpeg
Beliau berkata, seiring dengan hasrat kerajaan, pihak UMK melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) sebelum ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan melibatkan semua mahasiswa di ketiga-tiga kampus.
“Inisiatif yang disediakan antaranya termasuk bantuan komputer riba, bank makanan, bantuan musibah, kemudahan rawatan perubatan percuma di hospital kerajaan, pinjaman jangka pendek, program UMK Cakna serta program Setulus Kasih HEPA kepada mahasiswa yang menduduki peperiksaan akhir.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.15.jpeg
“Justeru, pelaksanaan Dapur Siswa Madani dilihat sebagai langkah signifikan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam menangani cabaran kos sara hidup mahasiswa.
“Inisiatif ini bukan sahaja menyediakan akses makanan percuma dan bank makanan, malah memberi ruang kepada penglibatan mahasiswa dalam menentukan konsep dan kaedah pelaksanaan program agar menepati keperluan setempat.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.16_1.jpeg
“Sebagai komitmen terhadap agenda kebajikan ini, Dapur Siswa Madani peringkat UMK telah dilancarkan pada 6 Januari 2026 bertempat di Pusat Islam UMK,” katanya pada Majlis Peluncuran Dapur Siswa MADANI Peringkat UMK, di perkarangan Masjid UMK Bachok, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail berkata, UMK turut merancang untuk membuka lima (5) buah Dapur Siswa Madani di setiap kolej kediaman sepanjang tahun 2026 bagi memastikan manfaat dapat dinikmati secara menyeluruh oleh mahasiswa yang memerlukan, dengan keutamaan kepada golongan Asnaf dan B40.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.16.jpeg
Katanya, lima lokasi dapur siswa MADANI itu ditempatkan di Pusat Islam UMK Bachok, Kolej Kediaman IBS UMK Bachok, Kolej Kediaman Atira UMK Bachok, Kolej Kediaman Taman Bendahara dan Kolej Kediaman UMK Kampus Jeli. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah peralatan memasak, peti ais, dapur elektrik, makanan kering dan retort.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.17_1.jpeg
“Sepanjang tahun 2025, UMK telah memperuntukkan lebih RM1.5 juta bagi pelbagai program kebajikan dan kesejahteraan pelajar yang memberi manfaat kepada lebih 8,000 orang mahasiswa.
“Saya percaya bahawa pembangunan kesejahteraan mahasiswa merupakan asas kepada kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah positif serta keseimbangan emosi.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.17_1.jpg
“Justeru, kerjasama secara berterusan semua pihak termasuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), alumni, agensi dan rakan industri diharap dapat terus memperkasakan kebajikan mahasiswa demi melahirkan graduan holistik dan berdaya saing sebagai pemimpin masa hadapan negara,” jelas beliau.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail berkata, UMK turut merancang untuk membuka lima (5) buah Dapur Siswa Madani di setiap kolej kediaman sepanjang tahun 2026 bagi memastikan manfaat dapat dinikmati secara menyeluruh oleh mahasiswa yang memerlukan, dengan keutamaan kepada golongan Asnaf dan B40.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.17.jpeg
Katanya, lima lokasi dapur siswa MADANI itu ditempatkan di Pusat Islam UMK Bachok, Kolej Kediaman IBS UMK Bachok, Kolej Kediaman Atira UMK Bachok, Kolej Kediaman Taman Bendahara dan Kolej Kediaman UMK Kampus Jeli. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah peralatan memasak, peti ais, dapur elektrik, makanan kering dan retort.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.18_1.jpeg
“Sepanjang tahun 2025, UMK telah memperuntukkan lebih RM1.5 juta bagi pelbagai program kebajikan dan kesejahteraan pelajar yang memberi manfaat kepada lebih 8,000 orang mahasiswa.
“Saya percaya bahawa pembangunan kesejahteraan mahasiswa merupakan asas kepada kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah positif serta keseimbangan emosi.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.18_2.jpeg
“Justeru, kerjasama secara berterusan semua pihak termasuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), alumni, agensi dan rakan industri diharap dapat terus memperkasakan kebajikan mahasiswa demi melahirkan graduan holistik dan berdaya saing sebagai pemimpin masa hadapan negara,” jelas beliau.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.18.jpeg

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.19_1.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.19.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.20_1.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.20_2.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.20.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.21_1.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.21_2.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.34.21.jpeg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

1
Online

2026-03-12

Search