SUKAN

SUKAN

UMK BACHOK MILIKI LALUAN RENTAS AKTIVITI LASAK, RIADAH & REKREASI YANG UNIK

UMK BACHOK MILIKI LALUAN RENTAS AKTIVITI LASAK, RIADAH & REKREASI YANG UNIK

BACHOK 10 Februari I Penganjuran aktiviti merentas kampus oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Unique Trail Run 2020 yang diadakan di kampus induknya di Bachok membuka dimensi baharu kepada UMK dalam penganjuran aktiviti lasak, riadah dan rekreasi. Trek yang terletak di Kampus Bachok sememangnya kaya dengan keindahan flora dan fauna berpotensi dijadikan lokasi riadah serta rekreasi bagi menggalakkan pencinta aktiviti ini mengamalkan gaya hidup sihat di sekitar kejiranan mereka.

Sehubungan itu, penganjuran acara Unique Trail Run (UTR) 2020 oleh Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar UMK merupakan salah satu inisiatif untuk memberikan nilai tambah kepada warga UMK khususnya bukan sahaja untuk merentas kawasan kampus yang dikelilingi hutan pokok Gelam sejauh tujuh kilometer tetapi juga peluang untuk menikmati flora dan fauna yang terdapat di persekitaran kampus.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, program larian UTR membolehkan peserta meneroka kawasan kampus yang masih belum dibangunkan sepenuhnya sebagai lokasi rekreasi dan riadah kerana kawasan ini memiliki keindahan flora dan fauna di samping struktur muka bumi yang sesuai dengan aktiviti rentasan pada skala sederhana.

Katanya, penganjuran UTR 2020 adalah bertujuan menggalakkan warga UMK mengamalkan gaya hidup sihat di samping memupuk nilai-nilai murni dan semangat kekitaan di kalangan semua warga UMK.

“Larian UTR 2020 adalah kesinambungan dari Program Security Trail Run yang merupakan program tahunan Bahagian Keselamatan yang sebelum ini hanya melibatkan staf keselamatan sahaja.

“Pada edisi kali ini, UTR 2020 dibuka kepada semua Pusat Tanggungjawab daripada ketiga-tiga kampus dan hasilnya lebih 200 penyertaan diterima kerana pada awalnya pihak penganjur mensasarkan penyertaan seramai 120 orang sahaja,” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah UTR 2020, di Pejabat Bahagian Keselamatan, UMK Bachok, Tangok, pada 9 Februari 2020.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Pendaftar UMK, Pn. Mazula Sabudin, Pengarah Bahagian Keselamatan, Encik Wan Salman Wan Salleh dan Pengarah Sukan dan Kebudayaan, Encik Shaipuddin Muhammad.

Sementara itu, pemenang UTR 2020 didominasi oleh staf dari Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Infrastruktur (PPPI) yang merangkul tempat pertama dan kedua pada acara kategori A iaitu En. Ahmad Humaizi Hashim telah dinobatkan juara dan berjaya membawa balik seekor biri-biri berserta medal manakala En. Mohd Hafis Mohd Fauzi meraih tempat kedua yang membawa balik sepasang anak angsa dan tempat ketiga di menangi oleh staf Bahagian Keselamatan, En. Zulkifli Abd. Ghani yang memenangi sepasang arnab.

Sementara staf PPI, En. Nordin Mahmod dari Bahagian Keselamatan menjuarai kategori B (lelaki) manakala di tempat kedua dimenangi oleh En. Amir Zulfahmi Zulkepli (PPPI) dan tempat ketiga Nik Mohd Fawwaz Nik Yussoff dari Pejabat Naib Canselor. Masing-masing memenangi seekor biri-biri, sepasang angsa dan arnab.

Manakala Pn. Noraida Mohammad (Bahagian Keselamatan) menjadi pelari terpantas kategori terbuka untuk wanita membawa pulang hadiah berupa biri-biri, tempat kedua dimenangi oleh Pengarah Pusat Antarabangsa Dan Pemasaran UMK, Prof. Madya Dr. Wee Yu Ghee yang membawa pulang sepasang anak angsa dan tempat ketiga dimenangi oleh Che Ku Nur Aida Che Ku Rahim (Pusat Sukan dan Kebudayaan) yang memenangi sepasang arnab.

Orang ramai yang berminat untuk mencuba cabaran trek rentasan ini boleh menghubungi Pusat Komunikasi Korporat UMK untuk pertanyaan lanjut di talian 09 7797400.

Oleh I Pusat Komunikasi Korprorat

lari2

lari3

Web Traffic

2.png8.png3.png3.png3.png3.png
Today48
Yesterday291
This week1684
This month5181
Total283333

Who Is Online

2
Online

2024-04-20

Search