SUKAN

SUKAN

UMK JADI DESTINASI CHECK POINT PENAMAT ZON TIMUR KAYUHAN JELAJAH PST BERBASIKAL KPT TUAH MERDEKA 2020

KOTA BHARU 23 Ogos I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dipilih sebagai destinasi akhir Kayuhan Jelajah Pusat Sukan Tumpuan (PST) Berbasikal KPT Tuah Merdeka 2020 peringkat Zon Timur, sempena sambutan Hari pada 20 Ogos 2020, sebelum di teruskan ke zon utara.

Kayuhan sempena Hari Kebangsaan itu disertai seramai 23 orang atlet berbasikal dari PST Berbasikal UTeM dan staf dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan UMK.

Kayuhan dari Kampus UniSZA, Gong Badak, Kuala Terengganu sejauh 145 kilometer kira-kira jam 7.00 pagi dan tiba di UMK Bachok pada jam 12.00 tengah hari, sebelum kayuhan diteruskan ke UMK Kampus Kota, Pegkalan Chepa, Kelantan.

Kayuhan Jelajah Pusat Sukan Tumpuan (PST) Berbasikal KPT Tuah Merdeka 2020 ini adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Pusat Sukan Tumpuan (PST) Berbasikal dan Majlis Sukan Malaysia (MASUM) dan Rakan Sukan : @letsplayperformance membabitkan kayuhan sejauh 1198KM.

Kayuhan telah bermula pada 18 Ogos dan dijangka tamat di kampus Universiti Teknologi Melaka (UTeM), pada 25 Ogos 2020.

Kayuhan merentasi 10 buah negeri dan menjadikan enam buah Universiti Awam sebagai ‘Pit Stop’ bermula dari UTeM, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), UMK, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan tamat di UteM.

Oleh : Pusat Komunikasi Korporat

basikal2basikal3

Web Traffic

2.png8.png2.png4.png9.png0.png
Today109
Yesterday341
This week841
This month4338
Total282490

Who Is Online

2
Online

2024-04-17

Search