SUKAN

SUKAN

KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) UMK TERIMA KOMANDAN BAHARU

KOTA BHARU 02 JULAI 2020 I Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Malaysia Kelantan(UMK) Prof. Ts. Dr. Arham Ibrahim, dilantik sebagai Komandan baharu kepada Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) UMK berpangkat Asisten Komisioner (ACP) Kehormat Kor SUKSIS.

Pelantikan Prof. Ts. Dr. Arham telah disempurnakan oleh Ketua Polis Kelantan, YDH. DCP. Dato’ Hasanuddin Hassan pada 30 Jun 2020 di Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyerahan Surat Penghargaan Khas kepada Mantan Komandan Kor SUKSIS, Prof. Dato’ Dr Mortaza Mohammad selaku Naib Canselor ke 3 UMK , di UMK Kampus Kota.

Turut hadir pada majlis itu, Naib Canselor UMK, Kapten Kehormat Profesor Dato’ Ts. Dr Noor Azizi Ismail, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kontinjen Kelantan, ACP Sheikh Azhar Sheikh Omar dan Pengurusan Tertinggi UMK.

Kor SUKSIS UMK telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2009 yang dipimpin oleh Naib Canselor pertama UMK, Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai Mohamed sehingga tahun 2011. Manakala Naib Canselor kedua, Prof. Datuk Raduan Che Rose telah memegang jawatan Komandan Ke-2 pada tahun 2012 sehingga 2014 dan pada tahun 2015 Naib Canselor ketiga Prof. Dato’ Dr Mortaza Mohamed dilantik sebagai Komandan Kor SUKSIS sehingga tahun 2017.

Penubuhan Kor SUKSIS Universiti awam (UA) berdasarkan kepada beberapa aspek penting iaitu untuk memenuhi harapan serta kehendak UA dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam membentuk warga SUKSIS yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berdisiplin dan bersikap positif terhadap jati diri yang tinggi.

Pasukan Kor SUKSIS merupakan satu elemen penting yang sentiasa berkolaborasi bersama PDRM dalam menangani isu berkaitan pencegahan jenayah.

Oleh: Pusat Komunikasi Korporat.

korsuksis2

Web Traffic

2.png7.png7.png3.png6.png0.png
Today377
Yesterday405
This week1353
This month8251
Total277360

Who Is Online

3
Online

2024-03-28

Search