SUKAN

SUKAN

PASUKAN SKUASY UMK RANGKUL PINGAT EMAS DAN GANGSA DI KEJOHANAN SKUASY IPT 2017

ATLET Skuasy Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Tan Phooi Yee dan Joanne Santhia A/P Divid, meraih pingat emas dan gangsa dalam Kejohanan Skuasy Institusi Pengajian Tinggi Grand Finals 2017 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, pada 30 November hingga 3 Disember 2017.

Tan Phuui Yee@Jasmine, pelajar Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (Logistik) berjaya menepati ramalan untuk memenangi emas apabila mara ke peringkat akhir menerusi kategori Divisyen 2 Wanita dengan mempamerkan aksi cemerlang sebelum menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 3-2.

UmkSkuasy1Menerusi kejayaan itu, UMK meraih hadiah wang tunai RM150, medal serta sijil.

Selain itu, Jasmine turut membawa balik Hadiah Khas Juara Keseluruhan Divisyen Dua Wanita.

Manakala, Joanne Santhia turut memenangi pingat gangsa selepas berjaya menumbangkan pasukan daripada Politeknik Ungku Omar dengan keputusan 3-1 untuk kategori Divisyen 2 wanita.

Joanne membawa balik wang tunai RM90, medal dan sijil.

Menurut Pengurus Pasukan Skuasy UMK, Puan Nur Yuhanis Mat Yusoff, atlet wanita UMK mempamerkan saingan sengit pada peringkat awal lagi dan kedua-dua mereka berjaya menepati ramalan skuad UMK untuk memenangi emas di peringkat Grand Final IPT.

Katanya, misi UMK pada kejohanan ini ialah untuk mengekalkan Jasmine pada rangking nombor satu di peringkat Diviseyen 2 Wanita di peringkat IPT.

“Menerusi pencapaian ini, membolehkan salah seorang atlet pasukan skuasy wanita UMK beraksi untuk Divisyen 1 Wanita pada Kejohanan Skuasy IPT 2018.

“Selain itu, Jasmine dan Joanne adalah sasaran pasukan Skuasy UMK untuk menyumbang pingat pada kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang bakal berlangsung pada 2 – 10 Februari 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selaku tuan rumah,” katanya.

Kejohanan Skuasy IPT Grand Final mendapat penyertaan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), UniversitiTeknologi MARA (UiTM), UniversitiPendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), UniversitiTeknologi Petronas (UTP), Sunway University, Tailors University, INTI University & College, Multimedia University (MMU), International Medical University, Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), Tunku Abdul Rahman University College UniversitiTunku Abdul Rahman (UTAR) dan UMK.

UmkSkuasy

Web Traffic

2.png8.png3.png0.png8.png5.png
Today91
Yesterday273
This week1436
This month4933
Total283085

Who Is Online

1
Online

2024-04-19

Search