SUKAN

SUKAN

500 PESERTA MERIAHKAN LARIAN PERDANA 10 TAHUN UMK

LARIAN Perdana bersempena Sambutan 10 Tahun Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendapat sambutan hebat apabila lebih 500 peserta hadir menyemarakkan larian anjuran Pusat Ko-Kurikulum, Pejabat Hal Ehwal bertempat di UMK Kampus Bachok, Tangok, Kelantan, pada 29 April 2017.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu 10 kilometer, 5 kilometer dan dan Fun Run 2.4 kilometer bermula di UMK Kampus Bachok yang telah disempurnakan pelancaran Flagg Off oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Abdul Aziz Ab. Latif.

Sebelum itu, kira-kira 500 peserta yang diketuai oleh Prof. Dato’ Abdul Aziz bersama-sama bersenamrobik sebelum memulakan larian pada kira-kira 8.30 pagi

Menurut Prof. Dato’ Abdul Aziz, larian perdana yang julung kali diadakan ini mendapat penyertaan daripada beberapa agensi yang dijemput di sekitar daerah Bachok termasuk penyertaan berkumpulan dan individu daripada negeri Perak, Selangor, Terengganu, Selangor dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, program ini adalah medium terbaik dalam memperkenalkan UMK yang sinonim dengan 10 tahun penubuhannya di samping mengeratkan hubungan antara warga Institut Pengajian Tinggi dan pelbagai agensi kerajaan di sekitar kampus UMK Bachok.

“Sehubungan itu, program ini memberi peluang kepada universiti menjalinkan hubungan dengan masyarakat setempat dalam melaksanakan idea kreatif dan inovatif serta mempromosikan UMK sejajar dengan penubuhannya sekaligus membudayakan gaya hidup sihat di kalangan staf dan masyarakat.

"Larian ini juga sekaligus memberi kesempatan kepada peserta berlari sambil mengambil mengenal Kampus Bachok,” katanya.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah UMK, En. Zulkifli Mohd Zan, Pengarah Pusat Ko-Kurikulum, En. Mohammad Nizamuddin Abdul Rahim dan Pegawai Belia dan Sukan, En. Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib.

Pertandingan ini juga melibatkan beberapa agensi yang dijemput di sekitar daerah Bachok antaranya Institut Kemahiran Belia Negara Daerah Bachok, Pejabat Pendidikan Daerah Bachok, Pusat Giat Mara Bachok, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok, Kolej Vaksional Bachok, Sekolah Menengah Badak dan juga beberapa buah sekolah yang berhampiran di sekitar UMK Kampus Bachok.

Larian ini menawarkan wang tunai keselruhan berjumlah RM1,000 bagi ketiga-tiga kategori.

Acara itu akan diteruskan lagi pada masa akan datang di mana pelbagai aktiviti akan disediakan termasuk cabutan bertuah menerusi ruang promosi yang lebih hebat.

Web Traffic

2.png8.png3.png1.png0.png6.png
Today112
Yesterday273
This week1457
This month4954
Total283106

Who Is Online

2
Online

2024-04-19

Search