SUKAN

SUKAN

UMK SASAR 10 KEDUDUKAN TERBAIK KEJOHANAN CROSS BORDER IPT 2022

 

BACHOK 22 Mei I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menetapkan sasaran di kedudukan 10 terbaik di Kejohanan Lawn Bowls IPT, Sukan Raket IPT dan Karnival Sepak Takraw IPT (Cross Border IPT) 2022, yang berlangsung pada 25 hingga 29 Mei 2022.

Pengarah Pusat Sukan UMK, En. Wan Ahmad Khairul bin Wan Ahmad Najib berkata, sasaran itu dibuat berikutan potensi besar kontinjen untuk meraih pingat dalam beberapa acara yang dipertandingkan.

Katanya, kontinjen UMK seramai 59 atlet termasuk pegawai akan menyertai empat acara iaitu Lawn Bowls, Sepak Takraw, Badminton dan Ping Pong pada Kejohanan Cross Border IPT 2022.

“Kejohanan ini akan diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kompleks Sukan Lawn Bowls Seremban 2.

“Beliau berharap para atlet UMK menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk mencapai prestasi yang terbaik untuk meraih lima pingat sasar gangsa seperti yang disasarkan pada kejohanan tahun ini.

“Peluang menyertai kejohanan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh para atlet demi menaikkan nama serta imej universiti sekaligus berusaha bersungguh-sungguh untuk berikan saingan yang terbaik kepada pihak lawan pada acara-acara yang disertai,” katanya pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UMK, di Auditorium Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK Bachok, pada 25 Mei 2022.

 kontnjen

 WhatsApp Image 2022 07 03 at 5.42.04 PM

 

 

 

 

Web Traffic

2.png7.png7.png5.png5.png8.png
Today172
Yesterday403
This week1551
This month8449
Total277558

Who Is Online

4
Online

2024-03-29

Search