SUKAN

SUKAN

UMK ANJUR FUTSAL DAN BOLA JARING PIALA IPT PANTAI TIMUR 2022

 

KOTA BHARU 3 Julai I Pasukan Futsal dan Bola Jaring Universiti Sains Malaysia Cawangan Kubang Kerian  (USMKK) melakar sejarah apabila muncul juara  Kejohanan Futsal dan Bola Jaring IPT Pantai Timur 2022, yang berlangsung pada 1 hingga 3 Julai 2022.

Pada perlawanan akhir, pasukan Futsal USMKK  berjaya menewaskan Pasukan UC  TATI 1-0  di KB Arena Futsal, Pengkalan Chepa, sekaligus membawa  pulang trofi, medal dan hadiah berupa wang tunai RM1,500.

Tempat kedua, Pasukan futsal UC TATI memenangi hadiah wang tunai RM1000 dan medal serta  tempat ketiga milik pasukan Politeknik KB dan Pasukan UMK berada di kedudukan keempat.

Kesemua Pasukan telah mempamerkan aksi  sengit dan mendebarkan untuk merebut kejuaraan futsal Piala IPT Pantai Timur 2022.

Sementara itu, Pasukan Bola Jaring USM Vulpes (USMKK) turut memberi saingan sengit apabila berjaya merangkul juara bagi acara Bola Jaring Piala IPT Pantai Timur, yang diadakan di Dewan MSN Jalan Telipot, Kota Bharu.

9.jpg   1.jpg 
   

Pasukan USM Vulpes berjaya membawa pulang wang tunai RM1500, piala beserta medal. Naib johan pula dimenangi oleh pasukan  Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dengan hadiah wang tunai RM1000 dan medal. Manakala pasukan UMK  berada di tempat ketiga dan beroleh wang tunai RM750 dan medal.

Sebanyak 12 pasukan dari IPT Pantai Timur menyertai kejohanan kali kedua anjuran Pusat Sukan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), UMK.

Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Sukan UMK, En. Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib bagi mewakili Naib Canselor  UMK.

Menurut En. Wan Ahmad Khairul, kejohanan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat – bakat baharu yang berpontensi dalam bidang sukan dari kedua-dua acara ini untuk persediaan Kejohanan SUKIPT 2022.

"Penganjuran ini adalah sambungan daripada kejohanan Piala IPT Pantai Timur yang telah diadakan sebelum ini dan merupakan karnival utama dalam kejohanan tahunan dalam kalendar Pusat Sukan UMK.

“Penganjuran kejohanan ini juga sebagai mengeratkan hubungan silaturahim  antara pelajar-pelajar UMK dan Pasukan IPT lain  yang menyertai kejohanan ini,” katanya.

Alhamdulillah, kejohanan ini turut mendapat kerjasama  yang amat baik dari pihak sukan IPT dari Pantai Timur selaras dengan hasrat Universiti iaitu penglibatan pelajar dalam sukan di peringkat UA/IPT.

Pihak Pusat Sukan UMK turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada  Mohd Harris Rosman (pemain terbaik futsal) dan saudari Nur Ellyana binti Mohd Nawi (pemain terbaik bola jaring).

2 3 7
8 4 6

 

Web Traffic

1.png2.png3.png5.png4.png3.png
Today204
Yesterday294
This week204
This month3782
Total123543

Who Is Online

1
Online

2022-08-15

Search