SUKAN

SUKAN

GANJARAN WANG TUNAI MENANTI ATLET UMK BAWA PULANG PINGAT EMAS DI SUKUM 2022

Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak bersedia memberikan ganjaran itu secara peribadi kepada pemain yang membawa pulang emas untuk Universiti.

Cabaran itu, turut disambut oleh Ketua Kontinjen UMK, Encik Khairul Eruwan bin Abdul Halim yang turut berjanji untuk memberikan insentif peribadi kepada atlet yang menyumbang emas kepada pasukan.

150922-6.jpg

Pengumuman pemberian wang tunai itu disambut dengan sorakan UMK Boleh oleh 145 atlet UMK yang akan menyertai kejohanan SUKUM Ke - 44, di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, pada Jumaat ini.

Menurut Prof. Dr. Razli, sasaran kami sebenarnya ialah sebanyak 12 pingat iaitu dua pingat emas, dua pingat Perak dan lapan pingat gangsa.

“UMK dengan kekuatan 145 atlet dan pegawai akan menyertai sembilan acara sukan yang dipertandingkan iaitu Badminton, Berbasikal, Bola Tampar Lelaki, Bola Sepak Senior, Bola Sepak Veteran, Memanah, Ping Pong, Petanque dan Tenpin Bowling.

7.jpg

“Bola sepak, Petanque dan Memanah antara acara sukan yang dilihat boleh menyumbang pingat dalam SUKUM 2022,” katanya pada Majlis Penyerahan Bendera SUKUM Ke-44, 2022 di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Kelantan, pada 14 September 2022.

Menurut Prof. Dr. Razli, melalui pungutan pingat yang ditetapkan itu maka besarlah harapan saya untuk melihat Kontinjen UMK menghuni kedudukan 10 terbaik daripada kontinjen yang mengambil bahagian.

 

 

 

150922--1.jpg

5_2.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png2.png8.png
Today140
Yesterday316
This week140
This month8076
Total286228

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search