SUKAN

SUKAN

UMK JUARA KEJOHANAN TENPIN BOWLING MUHIBBAH 2023


KOTA BHARU, 13 Mei 2023 I Pasukan Tenpin Boling Lelaki UMK muncul juara Kejohanan Tenpin Bowling Muhibbah 2023 yang berlangsung meriah di Lite Superbowl JB Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan, dengan penyertaan seramai 76 peserta daripada 19 pasukan.

Kejohanan julung kali diadakan itu disertai oleh pasukan USM, UiTM, UMK, Kolej Matrikulasi, Kolej Poly-Tech MARA, Politeknik dan Institut Pendidikan Guru di seluruh Kelantan yang menyertai kejohanan berkenaan.

170523-01-02.jpg

Kejohanan itu bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara institusi pengajian berkenaan  yang terdapat di negeri ini.
Pasukan UMK dibarisi oleh En. Mansor Che Din, Mohd Nazree Bin Abu Bakar, Mohd Hafriez Aiman Ibrahim dan Amir Zul Fahmi Zulkepli berjaya mencatatkan jumlah keseluruhan 2,572, jatuhan pin.

170523-01-03.jpg

Tempat kedua dimenangi pasukan USM Falcon dengan jatuhan pin sebanyak 2,521  dan tempat ketiga oleh Pasukan Tenpin Boling UiTM dengan jatuhan pin sebanyak 2,406.
Pengurus Pasukan Tenpin Boling UMK, En. Mansor berkata, pasukan UMK diwakili tiga pasukan terdiri dua pasukan Lelaki dan satu pasukan Wanita bagi menyertai kejohanan tersebut.

170523-01-05.jpg

Katanya, walaupun kali pertama dianjurkan tetapi kejohanan mendapat sambutan yang baik daripada semua institusi untuk pertandingan sebegini.“Penyertaan pasukan UMK juga sebagai persediaan untuk Kejohanan Tenpin Bowling IPT Pantai Timur 2023 yang akan diadakan pada tahun ini,” katanya.

Pasukan UMK juga turut mengungguli bagi acara kategori individu dengan di tempat kedua dimenangi oleh Mohd Hafriez Aiman (681 jatuhan pin), tempat ketiga oleh Amir Zul Fahmi (666 jatuhan pin) dan tempat keeempat Mohd Nazree (653 jatuhan pin).

170523-01-04.jpg

 

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png0.png8.png
Today220
Yesterday316
This week220
This month8156
Total286308

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search