SUKAN

SUKAN

UMK SASAR KEDUDUKAN 10 TERBAIK KARNIVAL SUKAN MASUM 2023


BACHOK, 14 Ogos 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyasarkan tujuh pingat (dua emas, dua perak dan tiga gangsa) pada Karnival Sukan MASUM 2023 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 15 hingga 20 Ogos 2023 manakala pada fasa 2 akan berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 23 hingga 30 Ogos 2023.

050923-06-04.jpg
Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, seramai 152 atlet akan menyertai 10 acara daripada 11 acara dipertandingkan pada kejohanan sukan tahunan itu.
“Pada MASUM 2022 , UMK berjaya memenangi satu pingat emas dan satu gangsa untuk acara sukan Petanque untuk kategori Individu Lelaki dan Double Wanita.

050923-06-02.jpg
“Kita berharap kita dapat memperbaiki pencapaian terbaik pada tahun ini dan mencapai sasaran tujuh pingat," katanya pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UMK ke Karnival Sukan Masum 2023, di foyer Bangunan Canselori, UMK Bachok, hari ini.Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Pendaftar Kanan HEPA, Encik Raja Azlan Raja Ismail dan Timbalan Ketua Pegawai Belia Dan Sukan, Pusat Sukan UMK, Encik Wan Ahmad Khairul Bin Wan Ahmad Najib.

050923-06-03.jpg
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, dengan adanya sasaran pingat ini para atlet dapat menunjukan semangat juang yang tinggi untuk mencapai prestasi yang terbaik.
“Gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya dan berusaha bersungguh-sungguh demi menaikkan nama serta imej universiti. Berikan saingan yang terbaik untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

050923-06-05.jpg
“Pengalaman ini akan memberi peluang kepada atlet untuk ke kejohanan serantau dan antarabangsa seperti ASEAN University Games (AUG), World University Games (WUG), Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.

050923-06-06.jpg
“Dengan sasaran pungutan pingat ini, saya berharap kontinjen UMK dapat menghuni kedudukan 10 terbaik daripada kontinjen yang mengambil bahagian pada karnival sukan ini,” katanya.
Untuk makluman, kontinjen UMK menyertai acara sukan Bola Baling, Bola Tampar, Bola Keranjang, Memanah, Lawn Bowls, Bola Jaring, Ragbi 15’s, Petanque, Silat dan Catur.

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png7.png5.png
Today87
Yesterday316
This week87
This month8023
Total286175

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search