SUKAN

SUKAN

KADA MUNCUL JUARA KEJOHANAN BOLA TAMPAR LELAKI IPT DAN JEMPUTAN 2023


KOTA BHARU 22 Oktober 2023 I Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) muncul juara Kejohanan Bola Tampar Lelaki IPT dan Jemputan 2023 selepas menewaskan pasukan dari Besut, Terengganu pada perlawanan akhir, di Dewan Wameza, Kompleks Sekolah-Sekolah, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

261123-06-02.jpg
KADA berjaya membawa balik hadiah berupa wang tunai RM1,500.00, piala pusingan, medal dan sijil penyertaan, selepas menang dengan keputusan 2-0 dalam persaingan sengit selama hampir sejam. Manakala pasukan dari Besut meraih tempat kedua dengan membawa pulang hadiah RM1,000.00, medal dan sijil.

261123-06-03.jpg
Tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh pasukan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan pasukan Prudential dengan memenangi hadiah wang tunai RM500, medal dan sijil penyertaan.
Majlis penyampaian hadiah kepada semua pasukan telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Saufi Bin Che Rusuli.
Menurut Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Saufi, kejohanan anjuran Pusat Sukan UMK dengan kerjasama Ihsan Group Prudential Kota Bharu dan Seri Kota Printing dengan melibatkan penyertaan dari 16 pasukan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT), agensi-agensi kerajaan dan industri.

261123-06-04.jpg
Katanya, objektif utama penganjuran kejohanan ini ialah bertujuan untuk pembangunan bakat dalam sukan bola tampar.
Sementara itu, Penyelaras Kejohanan Bola Tampar Lelaki IPT dan Jemputan 2023, Che Ku Nur Aida Che Ku Rahim berkata, kejohanan sulung ini diadakan bagi mempromosikan UMK sebagai penganjur pada acara sukan bola tampar.

261123-06-05.jpg
Katanya, program ini sekaligus memberi peluang kepada pasukan yang bertanding untuk memilih pemain yang berkebolehan dan berbakat untuk mewakili IPT dan agensi masing-masing ke kejohanan utama yang lain,” katanya.

261123-06-06.jpg

261123-06-07.jpg
 
261123-06-08.jpg
 
261123-06-09.jpg
 
261123-06-10.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png9.png4.png
Today206
Yesterday316
This week206
This month8142
Total286294

Who Is Online

4
Online

2024-04-29

Search