SUKAN

SUKAN

ACARA SUKAN WOODBALL BUKA TIRAI KEJOHANAN SUKAN ANTARA PUSAT SUKAN 2024


BACHOK 23 Februari 2024 I Sukan Woodball menjadi acara pembuka tirai Kejohanan Sukan Antara Pusat Sukan (SUPSAT) 2024, yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok, hari ini.

180324-06-01.jpg
Lebih 24 pasukan dari 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengambil bahagian pada sesi pemanas badan kejohanan SUPSAT 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula 23 hingga 24 Februari 2024.

180324-06-02.jpg
Gelanggang Woodball UMK yang mula dibina pada Julai 2023 telah menerima pengiktirafan dari Persatuan Woodball Malaysia (WMA).
Selain itu, turut berlangsung dua acara lain iaitu Bola Sepak Penalti dan Tenpin Boling Campuran.

180324-06-03.jpg
Menurut Pengarah Pusat Sukan UMK, En. Wan Ahmad Khairul Wan Mohd Najib, lebih 650 orang peserta terdiri daripada 21 kontinjen Pusat Sukan Universiti Awam daripada pelbagai gred memeriahkan kejohanan SUPSAT 2024 kali ini.

180324-06-04.jpg
Katanya, UMK dengan kerjasama Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) menjadi tuan rumah untuk kejohanan kali ini.
“Enam acara dipertandingkan iaitu Woodball, Bola Sepak Penalti, Tenpin Boling Campuran, Petanque Campuran, Karom dan Dart.

180324-06-05.jpg
Majlis Perasmian SUPSAT 2024 telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) selaku Pengerusi (MASUM), Prof. Ts. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri bin Abdullah.

180324-06-07.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png4.png1.png6.png
Today328
Yesterday316
This week328
This month8264
Total286416

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search