SUKAN

SUKAN

UNIMAP JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN SUPSAT 2024


BACHOK 24 Februari 2024 I Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) muncul juara keseluruhan menerusi pungutan tiga pingat emas dan satu pingat perak pada Kejohanan Sukan Antara Staf Pusat Sukan (SUPSAT) 2024.

180324-07-02.jpg
Manakala, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) selaku tuan rumah menamatkan saingan dengan memenangi dua emas (acara Bola Sepak Penalti dan Tenpin Bowling Campuran) dan satu gangsa (Woodball) untuk bergelar Naib Juara keseluruhan kejohanan SUPSAT 2024.

180324-07-03.jpg
Tempat ketiga dimenangi Universiti Malaysia (UM) dengan dua pingat emas dan satu gangsa.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail pada Majlis Makan Malam dan Penutup Kejohanan Sukan Antara Pusat Sukan (SUPSAT) 2024, di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, malam tadi.

180324-07-01.jpg
Turut hadir, Timbalan Pengerusi I MASUM Merangkap Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) UniSZA Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusof dan Pengarah Pusat Sukan UMK merangkap Pengarah Kejohanan Sukan Antara Pusat Sukan SUPSAT 2024 Encik Wan Ahmad Khairul Bin Wan Ahmad Najib
Menurut Prof. Dr. Mohammad, UMK dengan kerjasama Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) telah mengambil inisiatif melaksanakan Kejohanan Sukan Antara Pusat Sukan atau dikenali sebagai SUPSAT.

180324-07-05.jpg
Beliau menyifatkan, kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim di antara staf Pusat Sukan universiti awam yang lain.
“Komitmen UMK dalam sukan woodball terserlah dengan inisiatif membina gelanggang woodball yang baharu. Laman Woodball UMK ini adalah gelanggang woodball pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Woodball Malaysia dan merupakan gelanggang woodball pertama di Negeri Kelantan.

180324-07-06.jpg
“Adalah keutamaan kami di UMK untuk memastikan sukan woodball dipertandingkan ke dalam acara SUPSAT UMK 2024,” katanya.
Sementara itu, Prof. Dr. Mohammad berharap MASUM dapat memberi sokongan penuh kepada UMK untuk melaksanakan tanggungjawab dalam lain-lain penganjuran kejohanan sukan seperti Karnival Sukan MASUM, MASUM Cup dan sebagainya.

180324-07-09.jpg
“Kejohanan-kejohanan yang dipertandingkan ini adalah sebahagian daripada keusahawanan sosial dalam memacu ekonomi penduduk setempat selain khidmat komuniti UMK kepada masyarakat ,” katanya.

180324-07-10.jpg

180324-07-12.jpg
 
180324-07-13.jpg
 
180324-07-14.jpg
 
180324-07-15.jpg
 

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png4.png3.png
Today255
Yesterday316
This week255
This month8191
Total286343

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search