SUKAN

SUKAN

LAMAN WOODBALL UMK BERTARAF ANTARABANGSA, TERIMA PENGIKTIRAFAN PERSATUAN WOODBALL MALAYSIA (MWA)


BACHOK 8 Februari 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melakar sejarah apabila Laman Woodball UMK diikitiraf gelanggang Woodball pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan dari Persatuan Woodball Malaysia (WMA) sekaligus menjadi gelanggang woodball pertama di negeri Kelantan.

180324-08-01.jpg
Majlis perasmian gelanggang yang menepati piawaian WMA itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak, di Lobi Bangunan Canselori dan Laman Woodball, UMK Bachok, hari ini.

180324-08-02.jpg
Detik bersejarah itu, turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan) Majlis Sukan Negeri Kelantan, Yang Mulia Tuan Aziz Tuan Mat, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Hazri Nizam Zakaria, Naib Presiden WMA, En. Zulkarnain Mohamed Shaharuddin dan Pengarah Pusat Sukan UMK, Encik Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib.

180324-08-03.jpg
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, dengan penarafan ini Laman Woodball UMK akan dijadikan lokasi pertandingan sirkit woodball peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan tahun 2024.
Katanya, gelanggang bertaraf antarabangsa itu mula dibangunkan pada Julai 2023 menerusi peruntukan yang besar bagi memastikan pembinaan gelanggang woodball ini berjalan dengan lancar.

180324-08-04.jpg
“Satu penghargaan yang sangat besar buat UMK dengan pengikitirafan oleh WMA untuk membangunkan sukan ini khususnya kepada pelajar sekolah, orang awam, agensi kerajaan dan sebagainya.
“Saya dimaklumkan bahawa Persatuan Woodball Malaysia kini dalam proses membida acara woodball dalam Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA).

180324-08-05.jpg
“Dengan berlangsungnya kejohanan-kejohanan yang dipertandingkan ini, ia menjadi sebahagian daripada program keusahawanan sosial khususnya dalam memacu ekonomi penduduk setempat selain khidmat komuniti UMK kepada masyarakat,” katanya.180324-08-06.jpg
Pada majlis itu, Prof. Dato’ Dr. Razli dan tetamu kenamaan berpeluang mencuba permainan sukan woodball sambil menikmati ketenangan tasik UMK yang mempunyai pemandangan indah sebagai gimik perasmian gelanggang woodball UMK.

180324-08-07.jpg

 

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png9.png0.png
Today202
Yesterday316
This week202
This month8138
Total286290

Who Is Online

4
Online

2024-04-29

Search