SUKAN

SUKAN

UMK BURU PINGAT EMAS SUKUM 2024

KOTA BHARU 1 Ogos 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) meletakkan sasaran lebih dua pingat emas dalam misi memburu pingat pada Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Awam (SUKUM) UMS 2024 yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS), pada 8 hingga 16 Ogos 2024.

100924-08-02.jpg
Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, kontinjen UMK mampu meraih lebih daripada dua pingat emas sebagaimana yang diperoleh pada edisi SUKUM yang lepas.
Beliau berkata, “Manfaatkan peluang mewakili universiti dengan berusaha bersungguh-sungguh demi mengharumkan nama serta imej universiti. Hargailah kesempatan menyertai kejohanan SUKUM kali ini sebagai langkah permulaan untuk mencipta lebih banyak kejayaan dalam sukan dan acara yang disertai. Beri cabaran dan pamerkan saingan terbaik untuk mencapai sasaran pingat yang telah ditetapkan oleh setiap pasukan,” katanya pada Majlis Penyerahan Bendera Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Kali Ke-45, 2024, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.

100924-08-03.jpg
Turut hadir, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) merangkap Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMK Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Pendaftar UMK selaku Ketua Kontinjen UMK, Encik Khairul Eruwan Bin Abdul Halim dan Pengarah Pusat Sukan, En. Wan Ahmad Khairul Bin Wan Ahmad Najib.
Kontinjen UMK menyertai tujuh acara yang dipertandingkan iaitu Badminton, Futsal Lelaki, Petanque, Ping Pong, Berbasikal Veteran, Tenpin Boling, dan Golf.
Turut berlangsung hari ini, sesi memperkenalkan atlet dan pasukan serta bacaan ikrar oleh kontinjen.

100924-08-04.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-11-07

Search