SUKAN

SUKAN

BAWA PULANG LIMA PINGAT SUKIPT 2024- TNC HEPA


KOTA BHARU 2 September 2024 I Sasaran lima pingat menjadi taruhan buat kontinjen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada edisi Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SUKIPT) Ke- 6 2024 yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

110924-09-02.jpg
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail berkata, sasaran itu realistik berdasarkan kepada prestasi semasa atlet-atlet yang bakal beraksi pada kejohanan dwi tahunan itu.
Beliau berkata, pada tahun ini UMK menghantar seramai 60 atlet untuk menyertai sembilan acara daripada 28 acara yang dipertandingankan pada kejohanan SUKIPT bermula 6 hingga 14 September 2024.

110924-09-03.jpg
“Pencaturan sembilan acara itu antaranya ialah Sukan Lawn Bowls, Badminton, Petanque, Taekwondo, Catur, Memanah, Silat, Woodball dan Sepak Takraw.
“Saya dimaklumkan bahawa Pusat Sukan universiti mensasarkan satu pingat emas melalui pasukan Pentaque dan satu pingat perak untuk acara sukan silat.

110924-09-04.jpg
“Untuk acara woodball, taekwondo dan silat sekurang-kurangnya dapat menyumbang tiga pingat gangsa. Sementara, acara sukan lain kita berharap boleh ke peringkat suku akhir,” katanya pada majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UMK SUKIPT 2024, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Pusat Sukan UMK, En. Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib.
Sementara itu, atlet petanque, Muhammad Syafiq Aiman Iza Ruhaini mengetuai kontinjen untuk bacaan ikrar

110924-09-06.jpg

110924-09-07.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search