Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, sesi pendaftaran pada kali ini diadakan secara bersemuka di ketiga-tiga kampus selepas beberapa semester tidak diadakan disebabkan oleh pandemik COVID-19 sebelum ini.
Beliau berkata, jumlah kemasukan pelajar itu dijangka menunjukkan peningkatan berikutan proses pendaftaran pelajar masih berlangsung termasuk proses rayuan.
“Pada tahun ini, UMK menawarkan 3,688 tempat kepada pelajar baharu dan seramai 2,620 setuju terima untuk melanjutkan pengajian di ketiga-tiga kampus UMK.
“Alhamdullilah, proses pendaftaran pelajar berjalan lancar hari ini dan pihak UMK menerima maklumbalas positif daripada pihak ibu bapa dan sebahagian mereka teruja serta gembira melihat anak-anak mereka berjaya melanjutkan pengajian di sini,” katanya.