Berita Terkini

KDYMM SULTAN MUHAMMAD V DIMASYHURKAN SEBAGAI TUANKU CANSELOR BAHARU UMK, YTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN TURUT DIMASYHURKAN PRO CANSELOR UMK

BACHOK 23 November 2022 I Sultan Kelantan, Ke Bawah Duli Yang Mulia (KDYMM) Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang baharu.

Watikah pelantikan Pemasyhuran Tuanku Canselor telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (Pengurusan dan Pembangunan), Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff sempena Istiadat Konvokesyen UMK Ke 12, di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, hari ini.

301122-06-03.jpg
Pada Majlis itu, Tuanku Canselor turut berkenan menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra sebagai Pro Canselor UMK.

301122-06-04.jpg
Turut berkenan berangkat menyaksikan pemasyhuran tersebut adalah Sultanah Kelantan, Duli Yang Maha Mulia (DYMM), Nur Diana Petra Abdullah dan Yang Maha Mulia (YMM) Raja Perempuan Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid.
Turut berangkat,Tengku Temenggong Kelantan selaku Pro Canselor UMK, Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz dan Pro Canselor UMK, Tan Sri Dato’ Dr. Asiah Binti Abu Samah.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, YB Senator Tan Sri Haji Mohamad Fatmi bin Haji Che Salleh dan Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak.
Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Razali Che Razak berkata seramai 2,211 graduan akan menerima ijazah dalam pengajian bidang masing-masing yang mana mereka diraikan dalam lima sidang istiadat konvokesyen itu bermula 23 hingga 25 Nov depan.

301122-06-05.jpg
"Dalam sidang pertama pada hari ini, majlis meraikan seramai 97 graduan. Secara terperincinya seramai 23 graduan penerima Ijazah Doktor Falsafah, seorang graduan Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA), 58 graduan Ijazah Sarjana dan 15 graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan.
"Istimewanya hari ini juga, UMK meraikan 10 graduan sulung bagi Sarjana Komunikasi Perniagaan (Master of Business Communication) daripada Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan," katanya ketika berucap pada majlis tersebut, di sini hari ini.

 

301122-06-06.jpg

301122-06-07.jpg

301122-06-08.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png5.png3.png
Today65
Yesterday316
This week65
This month8001
Total286153

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search