Berita Terkini

PELAJAR FAKULTI SAINS BUMI TERIMA ANUGERAH TOP 10 ASIA YOUNG TALENT AWARDS MONSTA AWARDS 2022

KUALA LUMPUR 29 November 2022 I Pelajar Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Shameera Nasreen binti Ahamed Noordeen berjaya memenangi anugerah Top 10 Asia Young Talent Awards Monsta Awards 2022.

301122-07-03.jpg

Pegumuman itu di buat oleh lima juri pada Pusingan Peringkat Akhir Monsta Awards di Panggung DBKL, Kuala Lumpur, pada 26 November lalu.

Antara juri terlibat ialah Datin Paduka Marina Mahathir (Aktivis dan Penulis sosio-politik Malaysia), Chef Wan (chef selebriti Malaysia, usahawan), Tan Sri Jemilah Mahmood (Pakar Perubatan Malaysia) dan Natalia Navin (Pengurusan Ketua Sumber Manusia Maxis)

301122-07-01.jpg

Menurut Shameera Nasreen, pada awalnya saya tidak menyangka terpilih sebagai finalis 10 terbaik untuk memenangi anugerah Asia Young Talent Awards Monstra Awards 2022 dari 100 pecalonan di seluruh Asia.

“Sebaik sahaja nama diumumkan, saya teruja dan amat gembira kerana anugerah ini dapat memberi motivasi kepada diri saya untuk ‘to keep pushing and do better’.

“Pada peringkat saringan, penjurian dibuat amat ketat kerana pihak penganjur perlu memilih individu yang betul-betul layak yang membawa perubahan dalam masyarakat.

“Allhamdullilah, rezeki saya terpilih 10 terbaik dan ini adalah hasil dari sokongan kuat keluarga, rakan-rakan, pihak UMK dan salah satu NGO yang saya sertai iaitu Malaysian Indian Youth Council. Kejayaan ini bukan untuk saya seorang tetapi saya berharap ramai lagi pelajar-pelajar UMK turut meraih kejayaan seperti saya selepas ini,” katanya yang menyimpan cita-cita untuk menjadi salah seorang orang penting dalam negara dan sentiasa menyumbang bakti kepada masyarakat.

301122-07-05.jpg

Beliau pernah dilantik sebagai Naib Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar (UMK) pada 2020/2021 dan aktif menyertai pertandingan debat, selain dipilih menjadi moderator dan hos untuk pelbagai program.

Pencapaian cemerlang Shameera Nasreen amat tepat kerana usaha dan komitmen beliau sebagai perwakilan kawasan Bukit Mertajam dalam Parlimen Wanita Muda (PWM) serta Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam pada Sidang Wanita Pulau Pinang 2021.

Platform itu digunakan sebaik mungkin untuk beliau mengutarakan isu-isu wanita dan mahasiswa.
Beliau merupakan anak jati Pulau Pinang dan pernah dilantik sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UMK) selama sepenggal.

Katanya, jawatan tersebut membolehkannya membantu menyelesaikan masalah-masalah dihadapi oleh mahasiswa di dalam kampus termasuk isu berkaitan yuran.

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png4.png8.png
Today160
Yesterday316
This week160
This month8096
Total286248

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search