Berita Terkini

UMK TERAJU PUSAT KECEMERLANGAN KEUSAHAWANAN PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

BACHOK 26 Julai 2023  I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bakal menjadi Pusat Kecemerlangan Keusahawanan Peringkat Pendidikan Tinggi dalam usaha menerapkan minat dan nilai keusahawanan dalam kalangan mahasiswa di negara ini.

230823-03-02.jpg

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin berkata , KPT telah menerima cadangan UMK untuk menjadikan Universiti ini sebagai pusat kecemerlangan keusahawanan.

“UMK akan menjadi pusat rujukan dan panduan kepada semua universiti awam seluruh negara untuk menerapkan nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar.

230823-03-03.jpg

“Ini adalah satu pendekatan yang diambil KPT untuk kita tangani isu graduan yang tidak mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian,"

“Pendekatan ini diambil kerana UMK satu-satunya Universiti yang bertujahkan pendidikan keusahawanan dan perusahaan.  UMK turut disaran untuk mendekati perniagaan-perniagaan komuniti yang boleh dimajukan bagi merubah lanskap ekonomi setempat dan seterusnya mampu meningkatkan pendapatan mereka,” katanya

ketika membuat Lawatan Kerja Rasmi ke UMK Bachok, hari ini.

230823-03-05.jpg

Pada majlis sama, YB Dato' Seri Mohamed Khaled turut merasmikan Inkubator Keusahawanan dan Pusat Penyelidikan UMK serta merasmikan Hospital Pengajar Fakulti Perubatan Veterinar UMK.

Sementara itu, YB. Datuk Seri Mohamed Khaled memaklumkan UMK mempunyai kelebihan melahirkan pelajar usahawan tertinggi berbanding Universiti lain di negara ini.

“Pencapaian yang dihasilkan UMK dengan kebolehpasaran graduan iaitu sebanyak 92 peratus dan 17 peratus daripada penuntutnya kini menjadi usahawan berjaya.

“Selain itu, makmal keusahawanan yang diwujudkan oleh UMK boleh dijadikan inkubator untuk pelajar dan boleh dijadikan rujukan kepada Universiti lain untuk buat perkara Yang sama,” katanya.

230823-03-04.jpg

 
230823-03-06.jpg
 
230823-03-07.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png4.png6.png
Today58
Yesterday316
This week58
This month7994
Total286146

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search