Berita Terkini

BAPA ALLAHYARHAM MUHAMMAD AMIRUL TERIMA IJAZAH ANUMERTA BAGI PIHAK ARWAH, UNDANG SUASANA PILU PADA ISTIADAT KONVOKESYEN KE-12

301122-02-01.jpg
Encik Ibrahim Awang, hanya mampu mengalirkan air mata di atas pentas sebaik sahaja menerima penganugerahan Ijazah secara anumerta milik Allahyarham Amirul dari Pro-Canselor UMK, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Pro-Canselor, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz.

301122-02-02.jpg

301122-02-05.jpg


Allahyarham Muhammad Amirul telah kembali ke rahmatullah pada 27 Ogos 2022, berikutan komplikasi semasa pembedahan rawatan apendiks.
Allahyarham Yang berasal dari Sik, Kedah merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik dan menjadi harapan keluarga.
Sepanjang hayatnya, Amirul bergiat aktif di dalam kurikulum dan ko-kurikulum serta sangat disenangi oleh pensyarah dan rakan-rakannya ketika di kampus.
Penganuerahan ijazah ini adalah berdasarkan kepada prestasi akademik dan keperibadian Allahyarham yang cemerlang sepanjang pengajiannnya di UMK.
Menurut En. Ibrahim, beliau tidak dapat menahan perasaan hiba kerana tidak dapat melihat anaknya mengambil sendiri ijazahnya kerana Allahyarham sangat teruja untuk berkonvo dan sudah merancang untuk membawa kami keluarga datang ke majlis konvokesyennya.301122-02-03.jpg
Beliau menyifatkan anak sulungnya itu merupakan anak yang baik dan taat kepada kedua ibu bapa dan beberapa kali berjanji untuk membantu keluarga selepas bergraduat nanti.
“Allahyarham bercita-cita untuk menjadi seorang pengurus syarikat dan membuka perniagaan sebaik tamat pengajian nanti,” katanya.

301122-02-04.jpg
Sementara itu, pihak FHPK berterima kasih kepada pihak industri iaitu The Grand Renai Hotel Kota Bharu yang telah menaja penginapan sepanjang keluarga Allahyarham berada di Kelantan.
Pihak UMK menzahirkan rasa dukacita di atas pemergiannya dan semoga Allahyarham Muhammad Amirul dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman.

 

Web Traffic

2.png8.png6.png4.png0.png8.png
Today320
Yesterday316
This week320
This month8256
Total286408

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search